Kerana Harta, Keluarga Binasa.
Isu-Isu Hangat Mengenai Harta Peninggalan Arwah Yang Tidak Pernah DiketengahkanCost:
$40.00 – $50.00 per personDuration:
2h 30minSchedule:
One Time Exclusive EventAbout this experience
"Kerana Harta, Keluarga Binasa!"
Banyak keluarga berpecah hanya kerana harta. Kita sering mendengar cerita-cerita menyedihkan tentang perselisihan yang timbul akibat salah faham dalam pembahagian harta pusaka.
Adakah kita benar-benar memahami konsep Faraidh dan hukum-hakam Syariah berkaitan dengan harta peninggalan?
Seminar di Masjid Sultan pada 29 November ini, pada jam 8 Malam, bakal merungkai persoalan ini...
Di acara ini, Ustaz Yusri Yusoff akan berkongsi pemahaman mengenai Faraidh dan kaedah-kaedah lain dalam Syariah untuk memastikan pembahagian yang adil.
Beliau juga akan berkongsi kes-kes unik yang jarang dibincangkan dalam masyarakat kita!
Beliau juga akan berkongsi kes-kes yang dihadapinya di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil di Singapura - seperti kegagalan dalam menggunakan Faraidh atau instrumen-instrumen seperti Hibah dan Nuzriah dalam perancangan pembahagian harta.
Sertai Kami untuk Memperoleh Ilmu yang Tidak Ternilai!
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu yang mungkin dapat menyelamatkan keluarga anda dari konflik harta pusaka.
Sertailah seminar ini pada:
29 November (Jumaat), Jam 8 malam - di Masjid Sultan Auditorium.
Tempat adalah terhad. Klik pautan di atas untuk mendaftar sekarang!
Apa Yang Akan Anda Perolehi Dari Acara Ini:
- ILMU yang sangat bermanfaat bukan sahaja dari segi pemahaman, tapi juga dari segi applikasi hukum Faraidh (dan instrumen-instrumen yang lain) dengan cara yang betul
- PELUANG untuk menujukan soalan ke ahli-ahli panel
- GOODIE BAG mengandungi pena, notebook, dan lain-lain lagi
- VIDEO RECORDING (optional) untuk imbas kembali isu-isu yang diketengahkan (boleh dibeli dengan harga tiket $50)
Informasi Penting Tentang Acara Ini:
- Peserta akan diasingkan mengikut kaum lelaki dan kaum perempuan. Ini termasuk pasangan suami-isteri dan keluarga.
- Pendaftaran untuk masuk bermula jam 7.30pm. Sila tiba di dewan Auditorium Masjid Sultan awal. Acara akan bermula tepat pada jam 8.00pm.
- Tiada perhentian untuk solat Isyak. Apabila kedengaran azan, acara akan berhenti seketika untuk menghormati azan, dan akan bersambung selepas itu.