Siri 4 Minggu Bersama Ustazah Nisha

SIRI HEALING MUSLIMAH

Dari Luka Menuju Allah
Siri Healing Muslimah - Dari Luka, Menuju Allah bersama Ustazah Nisha

Kadang-kadang kita bukan tak kuat.
Kita cuma dah terlalu lama menjadi kuat untuk semua orang.

Luangkan 4 minggu bersama Ustazah Nisha untuk memahami apa yang sedang kita bawa dalam hati, belajar melepaskan apa yang membebankan — dan perlahan-lahan membawa hati kembali kepada Allah.

SESI 1 TELAH SELESAI
Anda masih belum terlambat untuk sertai.
Daftar sekarang dan anda akan menerima rakaman penuh Sesi 1 untuk catch up, kemudian sertai Ustazah Nisha secara LIVE untuk Sesi 2, 3 & 4.
Pendaftaran peserta baharu dibuka sehingga sebelum Sesi 2 pada 22 September.
Sesi Seterusnya • 22 Sep 2026 Selasa • 8.30–10 malam Sesi 1 • Rakaman Tersedia Sesi 2–4 • LIVE Zoom Keseluruhan 4 Sesi • $50
SERTAI SEKARANG + DAPATKAN RAKAMAN SESI 1
Rakaman Sesi 1 + 3 sesi LIVE bersama Ustazah Nisha + rakaman setiap sesi.
Apa Yang Hati Kita Sedang Bawa?

Mungkin Tiada Siapa Tahu Apa Yang Kita Sedang Bawa.

Kita masih pergi kerja.

Masih uruskan anak-anak dan keluarga.

Masih menjawab mesej, memenuhi tanggungjawab dan tersenyum apabila bertemu orang.

Tetapi hati kita tahu.

Mungkin ada luka daripada seseorang yang masih belum benar-benar kita lepaskan.

Mungkin kita terlalu penat menjaga semua orang sehingga terlupa menjaga diri sendiri.

Mungkin kita solat setiap hari — tetapi sudah lama tidak merasakan solat sebagai tempat hati kita berehat.

Atau mungkin kita cuma tahu…

“Aku nak jadi lebih baik.
Aku nak rasa lebih dekat dengan Allah.”

Kalau ada walaupun satu yang terasa dekat dengan keadaan anda sekarang, perjalanan ini mungkin untuk anda.

Hati juga perlukan ruang untuk pulih - Siri Healing Muslimah
Healing Dari Perspektif Islam

Healing Bukan Bermaksud Kita Perlu Melupakan Segalanya.

Dan berdamai bukan bermaksud apa yang pernah berlaku kepada kita dahulu itu betul.

Dalam Siri Healing Muslimah, kita akan belajar melihat luka, kepenatan dan pergolakan hati melalui panduan Islam.

Bukan sekadar bertanya:

“Bagaimana aku boleh hilangkan rasa ini?”

Tetapi belajar bertanya:
“Bagaimana aku membawa hati ini kembali kepada Allah?”

Kerana iman tidak bermaksud kita tidak boleh bersedih.

Dan menjadi Muslimah yang baik tidak bermaksud kita perlu sentiasa kelihatan kuat.

Perjalanan Siri Healing Muslimah

4 Minggu. Satu Perjalanan Hati.

Bukan empat ceramah yang berdiri sendiri. Setiap minggu membawa kita perlahan-lahan ke langkah yang seterusnya.

✓ SELESAI • RAKAMAN TERSEDIA
MINGGU 1 • 15 SEP
LUKA
Aku mahu belajar berdamai dengan apa yang telah berlaku.
Daftar sekarang untuk menerima rakaman penuh sesi ini.
SETERUSNYA • LIVE
MINGGU 2 • 22 SEP
PULIH
Aku mahu menjaga diri sambil terus menjalankan amanah.
Burnout Muslimah: Penat Tapi Tetap Berjuang
AKAN DATANG • LIVE
MINGGU 3 • 29 SEP
KEMBALI
Aku mahu menjadikan solat tempat hati aku kembali.
AKAN DATANG • LIVE
MINGGU 4 • 6 OKT
BERUBAH
Aku mahu menjadi Muslimah yang semakin dekat kepada Allah.
LUKA → PULIH → KEMBALI → BERUBAH
Baru menemui Siri Healing Muslimah?
Anda masih boleh mengikuti perjalanan ini dari awal. Rakaman Sesi 1 akan diberikan kepada anda supaya anda boleh catch up sebelum bersama Ustazah Nisha secara LIVE untuk Sesi 2.
Apa Yang Akan Kita Lalui?

Empat Sesi. Satu Perjalanan Bersama Ustazah Nisha.

Setiap sesi membawa satu fokus berbeza, tetapi semuanya bergerak menuju satu tujuan — hati yang semakin kembali kepada Allah.

Baru ingin sertai? Anda akan menerima rakaman penuh Sesi 1 untuk catch up, kemudian terus bersama kami secara LIVE bermula Sesi 2 pada 22 September.
✓ SESI SELESAI • RAKAMAN TERSEDIA
15 SEPTEMBER 2026 • MINGGU 1

Healing Hati

Berdamai Dengan Luka

Ada perkara yang sudah lama berlaku tetapi masih kita bawa sehingga hari ini. Kita berbicara tentang luka, kehilangan, kekecewaan, pengkhianatan, penyesalan dan perkara yang sukar dilepaskan.

Melalui kisah Nabi Ya'qub AS, kita belajar bahawa bersedih bukan tanda lemahnya iman. Yang penting ialah ke mana kita membawa kesedihan itu.

LUKA → Aku mahu belajar berdamai dengan apa yang telah berlaku.
Daftar sekarang untuk mendapatkan rakaman penuh sesi ini.
SETERUSNYA • LIVE 22 SEP
22 SEPTEMBER 2026 • MINGGU 2

Burnout Muslimah

Penat Tapi Tetap Berjuang

Siapa menjaga wanita yang selama ini sibuk menjaga semua orang?

Ibu. Isteri. Anak. Pekerja. Penjaga ibu bapa. Kadang-kadang terlalu banyak peranan yang kita pikul sehingga kita sendiri tidak sedar jiwa dan tubuh sudah kepenatan.

PULIH → Aku mahu menjaga diri sambil terus menjalankan amanah.
AKAN DATANG • LIVE
29 SEPTEMBER 2026 • MINGGU 3

Bila Solat Menjadi Penawar Jiwa

Kita mungkin sudah solat bertahun-tahun. Tetapi pernahkah kita benar-benar merasakan solat sebagai tempat kita berehat?

Daripada “Aku perlu solat”
kepada “Aku perlukan solat.”

Kita akan melihat bagaimana takbir, al-Fatihah, ruku', sujud dan salam boleh menjadi saat kita memperlahankan kehidupan dan kembali kepada Allah.

KEMBALI → Aku mahu menjadikan solat tempat hati aku kembali.
AKAN DATANG • LIVE
6 OKTOBER 2026 • MINGGU 4

Detoks Hati

Membersihkan Jiwa & Membina Kehidupan Baru

Kita rajin membersihkan rumah, pakaian dan tubuh. Tetapi berapa kerap kita membersihkan hati?

Hasad. Amarah. Takabbur. Iri hati. Dendam. Melalui kisah Nabi Yusuf AS dan konsep qalbun salim, kita belajar apa yang perlu dilepaskan supaya hati dapat bergerak ke hadapan.

BERUBAH → Aku mahu menjadi Muslimah yang semakin dekat kepada Allah.
Anda masih boleh mengikuti keseluruhan perjalanan.
Mulakan dengan rakaman Sesi 1, kemudian sertai Sesi 2–4 secara LIVE bersama Ustazah Nisha.
SERTAI SEKARANG + DAPATKAN RAKAMAN SESI 1
Keseluruhan 4 sesi • Sesi 1 melalui rakaman • Sesi 2–4 LIVE • $50
Pendaftaran peserta baharu dibuka sehingga sebelum Sesi 2 pada 22 September.
Lebih Daripada Mendengar

Bukan Sekadar Mendengar Ceramah.

Setiap minggu direka supaya apa yang dipelajari tidak berhenti apabila Zoom ditutup.

📖
ILMU
Panduan daripada al-Quran, Sunnah dan kisah para Nabi.
♡
REFLEKSI
Soalan yang membantu kita melihat apa yang sedang berlaku di dalam hati.
✍️
LATIHAN
Aktiviti menulis dan refleksi yang dilakukan secara peribadi.
🌱
AMALAN
Langkah kecil yang boleh diteruskan sepanjang minggu.
🤲
DOA
Membawa kembali apa yang kita rasa dan perlukan kepada Allah.
Selepas Kandungan Utama

Bicara Hati Bersama Ustazah

Ruang LIVE untuk bertanya, mendengar perkongsian dan mendapatkan penjelasan Ustazah Nisha dengan lebih dekat.

Ustazah Nisha Mohd Hussein - Pembimbing Siri Healing Muslimah
Pembimbing Siri Healing Muslimah

Kenali Ustazah Nisha

Ustazah Hamidunnisah Bte Mohd Hussein mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam pendidikan Islam, membimbing pelajar, golongan dewasa dan khususnya Muslimah dalam memahami dan menghayati agama.

Beliau merupakan graduan Bachelor in Islamic Revealed Knowledge and Heritage daripada International Islamic University Malaysia (IIUM) & PERGAS, selain memiliki Diploma in Al-Quran & As-Sunnah serta beberapa kelayakan dalam pendidikan dan pengajian Islam.

Sepanjang kerjayanya, Ustazah Nisha telah mengajar Al-Quran, Tafsir, Fiqh, Bahasa Arab dan pengajian Islam di peringkat sekolah, pra-universiti dan pendidikan dewasa.

Beliau pernah berkhidmat lebih 15 tahun di Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah dan turut memegang peranan kepimpinan dalam pendidikan. Kini, beliau terus aktif mengajar bersama PERGAS serta mengendalikan kelas-kelas Islam secara online khusus untuk Muslimah.

Ustazah Nisha juga kerap dijemput menyampaikan ceramah, forum dan kuliah agama di masjid serta institusi Islam, dan aktif membimbing komuniti Muslimah melalui pelbagai majlis ilmu dan aktiviti kerohanian.

Dengan pengalaman panjang dalam pendidikan Islam dan bimbingan Muslimah, Siri Healing Muslimah dibawa dalam suasana yang dekat, matang dan penuh refleksi — supaya ilmu bukan sekadar difahami oleh fikiran, tetapi insyaAllah turut menyentuh hati.

Mungkin Anda Tertanya...

Adakah Siri Healing Muslimah Sesuai Untuk Saya?

MASIH BOLEH SERTAI

“Saya terlepas Sesi 1. Masih boleh sertai?”

Ya. Anda masih boleh menyertai Siri Healing Muslimah sebelum Sesi 2 pada 22 September.

Selepas mendaftar, anda akan menerima rakaman penuh Sesi 1 supaya anda boleh catch up, kemudian menyertai Sesi 2, 3 dan 4 secara LIVE bersama Ustazah Nisha.

“Yuran masih $50 walaupun Sesi 1 sudah selesai?”

Ya. Yuran $50 memberikan anda akses kepada keseluruhan perjalanan 4 sesi — termasuk rakaman penuh Sesi 1, sesi LIVE untuk Minggu 2 hingga 4, serta rakaman sesi supaya anda boleh kembali mendengar perkongsian yang diperlukan.

“Saya seorang yang private. Perlu share masalah saya?”

Tidak. Latihan refleksi boleh dilakukan sendiri dan apa yang anda tulis adalah untuk diri anda. Anda tidak diwajibkan berkongsi kisah peribadi dengan peserta lain.

“Saya bukan sedang menghadapi masalah besar. Sesuai ke?”

Ya. Siri Healing Muslimah bukan hanya untuk seseorang yang sedang melalui krisis. Ia juga untuk Muslimah yang mahu memahami diri, menjaga hati dan memperbaiki hubungan dengan Allah.

“Adakah ini rawatan kesihatan mental?”

Tidak. Siri Healing Muslimah ialah siri pembelajaran dan refleksi berteraskan Islam. Ia tidak menggantikan rawatan atau bantuan profesional bagi keadaan kesihatan mental yang memerlukannya.

“Bagaimana saya akan mendapat akses Zoom?”

Selepas pendaftaran dan pembayaran berjaya, maklumat untuk menyertai sesi Zoom akan dihantar melalui email.

Sertai Keseluruhan Perjalanan

Semua Ini Dengan Hanya $50.

Bukan $50 untuk satu sesi.
$50 untuk keseluruhan perjalanan 4 sesi bersama Ustazah Nisha.

Sesi 1 melalui rakaman • Sesi 2–4 LIVE • Rakaman setiap sesi disertakan
15 Sep
✓ RAKAMAN
Healing Hati
Berdamai Dengan Luka
Rakaman penuh diberikan selepas pendaftaran.
22 Sep
SETERUSNYA • LIVE
Burnout Muslimah
Penat Tapi Tetap Berjuang
29 Sep
LIVE
Bila Solat Menjadi Penawar Jiwa
6 Okt
LIVE
Detoks Hati
Membersihkan Jiwa & Membina Kehidupan Baru
YURAN KESELURUHAN SIRI
$50
Keseluruhan 4 Sesi
Sesi 1 Rakaman + Sesi 2–4 LIVE
Anda tetap mengikuti perjalanan dari awal.
Catch up Sesi 1 melalui rakaman, kemudian teruskan perjalanan bersama Ustazah Nisha secara LIVE bermula 22 September.
SERTAI SEKARANG — $50
Pendaftaran peserta baharu dibuka sehingga sebelum Sesi 2 pada 22 September.
Selepas pembayaran, akses Zoom dan maklumat rakaman akan dihantar melalui email.
Boleh Diikuti Dari Rumah

“Tapi Saya Sibuk…”

Sebab itulah sesi ini diadakan pada Selasa malam dan boleh diikuti dari rumah.

Tidak perlu memandu ke mana-mana.

Tidak perlu bersiap untuk menghadiri kelas fizikal.

Apabila urusan hari semakin reda, ambil sedikit masa untuk diri sendiri.

** Tak dapat hadir salah satu sesi?
Jangan risau — rakaman setiap sesi akan diberikan kepada peserta untuk ditonton semula.

Sediakan minuman.
Cari ruang yang tenang.
Bawa buku nota.

Dan luangkan 90 minit untuk hati kita.
Selasa malam, 90 minit untuk hati kita - Siri Healing Muslimah
Satu Jemputan Untuk Hati

Mungkin Kita Tidak Dapat Mengubah Apa Yang Telah Berlaku.

Tetapi dengan izin Allah, kita boleh belajar bagaimana untuk membawa apa yang telah berlaku itu ke hadapan.

Empat minggu ini bukan janji bahawa semua luka akan hilang.

Ia adalah satu jemputan.

Untuk berhenti seketika.

Untuk melihat ke dalam hati.

Untuk belajar melepaskan apa yang perlu dilepaskan.

Untuk memperbaiki apa yang masih boleh diperbaiki.

Dan yang paling penting…
untuk membawa hati kita kembali kepada Allah.

MASIH BOLEH SERTAI
SIRI HEALING MUSLIMAH
Dari Luka Menuju Allah
Perjalanan ini sudah bermula.
Tetapi anda masih belum terlambat.
Daftar sekarang untuk menerima rakaman penuh Sesi 1, kemudian sertai Ustazah Nisha secara LIVE untuk Sesi 2, 3 & 4.
Sesi 1 ✓ Rakaman Penuh Tersedia
22 Sep Sesi 2 • LIVE Bersama Ustazah Nisha
29 Sep Sesi 3 • LIVE
6 Okt Sesi 4 • LIVE
YURAN KESELURUHAN SIRI
$50
Keseluruhan 4 sesi • Rakaman Sesi 1 + Sesi 2–4 LIVE
PENDAFTARAN PESERTA BAHARU AKAN DITUTUP
Sebelum Sesi 2 • 22 September
Selepas itu, perjalanan akan diteruskan bersama peserta yang telah menyertai siri ini.
YA, SAYA MAHU SERTAI + DAPATKAN RAKAMAN SESI 1
Selepas pembayaran, maklumat Zoom dan akses rakaman akan dihantar melalui email.
Nota: Siri Healing Muslimah merupakan program pendidikan dan refleksi kerohanian dan bukan pengganti kepada rawatan kesihatan mental profesional. Sekiranya anda sedang mengalami masalah emosi atau kesihatan mental yang serius atau berpanjangan, sila dapatkan bantuan daripada profesional yang sesuai.