Kursus Asas Tajwid Untuk Muslimah
Persediaan Menyambut Ramadan Dengan Bacaan Al-Qur’an Yang Lebih Betul & Tenang
Ramadan adalah bulan Al-Qur’an.
Bulan di mana hati kita kembali lembut, dan lidah kita kembali basah dengan bacaan ayat-ayat Allah SWT.
Setiap kali Ramadan menjelang, ramai antara kita berazam untuk membaca Al-Qur’an dengan lebih banyak. Namun, sering juga saya mendengar luahan seperti:
“Saya boleh membaca, tapi saya tak yakin bacaan saya betul.”
“Saya takut salah, jadi saya baca perlahan atau jarang-jarang.”
Jika ini juga yang anda rasakan, ketahuilah — anda tidak keseorangan.

Assalamualaikum, saya Ustazah Aishah Rahman
Kursus Asas Tajwid ini diadakan khas sebagai persediaan menyambut Ramadan 2026, agar kita dapat membaca Al-Qur’an dengan lebih yakin, lebih tenang, dan lebih menghormati kalam Allah SWT.
Mengapa Ilmu Tajwid Itu Penting?
Al-Qur’an diturunkan dengan bacaan yang terpelihara.
Setiap huruf mempunyai tempat keluarnya, sifatnya, dan hukum bacaannya.
Mempelajari tajwid bukan untuk mencari kesempurnaan semata-mata, tetapi untuk:
- Menjaga kemurnian bacaan Al-Qur’an
- Mengelakkan kesalahan yang boleh mengubah makna
- Membaca dengan penuh adab dan penghormatan
Apabila kita membaca dengan betul, insyaAllah bacaan kita menjadi lebih indah, dan hati kita lebih dekat dengan Al-Qur’an.
Persediaan Sebelum Ramadan 2026
Ramadan 2026 dijangka bermula pada Februari 2026.
Inilah masa terbaik untuk kita memperbaiki asas bacaan sebelum Ramadan tiba.
Saya ingin membantu anda:
- Membina asas tajwid dengan perlahan dan jelas
- Memahami bacaan tanpa rasa takut atau malu
- Membaca Al-Qur’an dengan lebih yakin dalam solat dan tadarus
Kursus ini direka dalam suasana yang tenang, santai dan menyokong, sesuai untuk mereka yang baru bermula atau ingin mengulang asas.
Apa Yang Akan Dipelajari

Dalam tempoh 2 sesi, insyaAllah anda akan dibimbing untuk memahami:
- Makhraj huruf – dari mana setiap huruf dikeluarkan
- Sifat-sifat huruf dan cara sebutan yang betul
- Hukum-hukum asas tajwid dalam Al-Qur’an
- Cara membaca ayat Al-Qur’an dengan lebih fasih dan yakin
Kita akan belajar langkah demi langkah, tanpa tergesa-gesa.
Maklumat Kursus
🗓 Tarikh:
• Sabtu, 17 Januari 2026
• Sabtu, 24 Januari 2026
⏰ Masa:
12.00 tengah hari – 2.00 petang
💻 Platform:
Kelas Live melalui Zoom
⏳ Yuran:
$38 saja (untuk 2 sesi)
+ Nota PDF akan disediakan
+ Rakaman sesi Zoom akan disediakan
Siapa Yang Digalakkan Menyertai?
Kursus ini sesuai untuk:
- Muslimah dewasa
- Mereka yang boleh membaca Al-Qur’an tetapi masih kurang yakin
- Mereka yang ingin memperbaiki bacaan sebelum Ramadan
- Mereka yang pernah belajar tajwid tetapi mahu ulang asas
Kursus ini sesuai untuk peringkat asas.
Sedikit Pesanan Dari Saya
Kita mungkin tidak mampu membaca Al-Qur’an dengan sempurna,
tetapi setiap usaha untuk memperbaiki bacaan adalah satu ibadah.
Ramadan datang setahun sekali.
Marilah kita menyambutnya dengan bacaan yang lebih baik, insyaAllah.
Daftar Minat Anda
Jika anda ingin menyertai Kursus Asas Tajwid ini,
👉 sila isi borang di bawah untuk mendaftar minat anda.
Maklumat lanjut mengenai pambayaran yuran dan persediaan kelas akan dikongsikan selepas pendaftaran.
Saya menantikan kehadiran anda.
Wassalamu‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.