Kursus Mengurus Jenazah Arwah Tersayang
Pelajari ilmu Fardhu Kifayah mengurus jenazah buat lelaki dan perempuan.Location
Masjid Sultan, SingaporeCost:
$60.00 per personDuration:
7hSchedule:
One Time Exclusive EventAbout this experience
* TICKETS FOR THIS EVENT ARE SOLD OUT *
Click here if you would like to be notified of future events!
Sekiranya terjadi kematian, terutama sekali kepada ahli keluarga - tahukah anda bagaimana caranya untuk bertindak dan menguruskan jenazah?
Soalan-soalan yang mungkin terlintas di minda ramai orang:
- Adakah perlu ditelefon ambulans?
- Adakah laporan kepada pihak polis itu wajib?
- Doktor yang mana harus dihubungi untuk mengesahkan kematian?
- Apakah dokumen atau butir-butiran yang perlu disiapkan?
- Apakah perkakas yang perlu disiapkan untuk mengurus jenazah?
... dan banyak lagi persoalan akan dijawab dan dikongsikan dalam kursus ini.
Bukan Teori Saja!
- Selain dari teori, Ustaz Yusuf Rahman juga akan berkongsi tentang kisah-kisah yang unik, dan cabaran-cabaran yang dihadapi - agar para peserta lebih terbuka minda.
- Kursus ini juga akan melibatkan para peserta untuk membuat 'group discussion' dan juga 'hands-on praktikal' untuk mengurus jenazah lelaki dan perempuan (berasingan).
- Ustaz juga akan mengajar cara-caranya untuk mengerjakan Solat Jenazah, dan prinsip-prinsip pengebumian bila di pusara nanti.
Istimewa Untuk Peserta!
- Makanan tengahari akan disediakan.
- Nota akan disediakan.
- Sijil penyertaan akan diberi selepas tamat kursus.
- Peluang untuk bekerja secara sukarelawan bersama At Taubah Jenazah Services!
Jangan Tunggu Lagi!
Tempat untuk kursus ini terhad kepada 50 orang sahaja!
Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan ilmu yang penuh manfaat ini.
Jumpa di sana nanti. Insya Allah!
Your Host
Semua teori dan praktikal diajar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
Dikendalikan oleh Ustaz Yusuf Abdul Rahman yang berpengalaman dalam mengurus jenazah selama lebih dari 5 tahun.
Beliau juga pemegang sijil ARS dan IECP dari MUIS.