Kursus Mengurus Jenazah Arwah Tersayang - 26 Jan 2025
Cost:
$30.00 per personDuration:
4hAbout this experience
Sekiranya terjadi kematian, terutama sekali kepada ahli keluarga
- Adakah jenazah nya akan dibiarkan begitu saja?
- Tahukah anda bagaimana caranya untuk bertindak dan menguruskan jenazah?
Selama pengalaman Ustaz Yusuf Rahman mengurus jenazah, beliau dapati masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya terjadi kematian dalam keluarga sendiri.
Malangnya, ada juga kes-kes dimana jenazah arwah tersayang dibiarkan begitu saja - tidak dialihkan ke tempat sesuai, tidak dikemas, tidak ditutup auratnya... dain lain-lain lagi.
Untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak sesuai, marilah kita sama-sama pelajari langkah demi langkah mengurus jenazah dengan penuh penghormatan dan kasih sayang berdasarkan panduan Syariah Islam.
Kursus Ini Sesuai Untuk MUSLIMIN dan MUSLIMAH!
Kursus ini direka untuk memupuk kefahaman, meningkatkan kemahiran praktikal, dan memberikan kepercayaan diri kepada peserta untuk menguruskan urusan jenazah keluarga atau masyarakat dengan cara yang betul.
Bukan Teori Saja!
- Selain dari Teori dan Hukum Fiqh Berkaitan Jenazah, Ustaz Yusuf Rahman juga akan berkongsi pengalam tentang kes-kes yang dihadapinya sebelum ini, di mana banyak pengajaran boleh diperolehi
- Ustaz juga akan memberi fokus kepada aspek 'Operations' mengajar cara-cara:
- Praktikal Mengafankan dan Memandikan Jenazah
- Adab dan Tatacara Solat Jenazah
- Prinsip-prinsip Pengebumian di Pusara
- Kewajipan dan Tanggungjawab Keluarga Muslim
Istimewa Untuk Peserta!
- Hands-On Experience untuk setiap peserta
- Praktikal Muslimah akan dibimbing oleh Ustazah Rosnani yang berpengalaman lebih 10 tahun!
3. Nota akan disediakan.
4. Sijil penyertaan akan diberi selepas tamat kursus.
5. Peluang untuk bekerja secara sukarelawan bersama At Taubah Jenazah Services!
Jangan Tunggu Lagi!
Ayuh, menimba ilmu Fardhu Kifayah yang amat bermanfaat ini sebagai peningkatan Tahun Baru dan Bulan Rejab Yang Mulia!
Tempat untuk kursus ini terhad kepada 50 orang sahaja!
Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan ilmu yang penuh manfaat ini.
Jumpa di sana nanti. Insya Allah!
Your Host
![Host image](https://dyjc3q172eyog.cloudfront.net/1735963216057_9xqahczd.png)
Semua teori dan praktikal diajar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.
Dikendalikan oleh Ustaz Md Yusuf Bin Abdul Rahman yang berpengalaman dalam mengurus jenazah selama lebih dari 5 tahun.
Beliau juga pemegang sijil ARS dan IECP dari MUIS.