Kursus Mengurus Jenazah Arwah Tersayang dan Wasiat Talk - 25 May 2025

Cost:

$30.00 – $40.00 per person

Duration:

4h

About this experience

Sekiranya terjadi kematian, terutama sekali kepada ahli keluarga

  • Adakah jenazah nya akan dibiarkan begitu saja?
  • Tahukah anda bagaimana caranya untuk bertindak dan menguruskan jenazah?

Selama pengalaman Ustaz Yusuf Rahman mengurus jenazah, beliau dapati masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana untuk bertindak sekiranya terjadi kematian dalam keluarga sendiri.

Malangnya, ada juga kes-kes dimana jenazah arwah tersayang dibiarkan begitu sajatidak dialihkan ke tempat sesuai, tidak dikemas, tidak ditutup auratnya... dain lain-lain lagi.

Untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak sesuai, marilah kita sama-sama pelajari langkah demi langkah mengurus jenazah dengan penuh penghormatan dan kasih sayang berdasarkan panduan Syariah Islam. 

 Kursus Ini Sesuai Untuk MUSLIMIN dan MUSLIMAH!

Kursus ini direka untuk memupuk kefahaman, meningkatkan kemahiran praktikal, dan memberikan kepercayaan diri kepada peserta untuk menguruskan urusan jenazah keluarga atau masyarakat dengan cara yang betul.

 Bukan Teori Saja! 

  • Selain dari Teori dan Hukum Fiqh Berkaitan Jenazah, Ustaz Yusuf Rahman juga akan berkongsi pengalam tentang kes-kes yang dihadapinya sebelum ini, di mana banyak pengajaran boleh diperolehi
  • Ustaz juga akan memberi fokus kepada aspek 'Operations' mengajar cara-cara:
    • Praktikal Mengafankan dan Memandikan Jenazah
    • Adab dan Tatacara Solat Jenazah
    • Prinsip-prinsip Pengebumian di Pusara
    • Kewajipan dan Tanggungjawab Keluarga Muslim

 

 Istimewa Untuk Peserta! 

  1. Hands-On Experience untuk setiap peserta
  2. Praktikal Muslimah akan dibimbing oleh Ustazah Rosnani yang berpengalaman lebih 10 tahun!

 

3. Nota akan disediakan.

4. Sijil penyertaan akan diberi selepas tamat kursus.

5. Peluang untuk bekerja secara sukarelawan bersama At Taubah Jenazah Services!


 

WASIAT & FARAIDH TALK (optional)

Sambungan dari 2PM - 4PM

Selepas urusan pengebumian selesai, tanggungjawab penting seterusnya adalah pengagihan harta pusaka si mati mengikut hukum syarak.

Malangnya, ramai yang kurang arif tentang langkah-langkah yang betul, sehingga boleh menyebabkan salah faham, perselisihan keluarga, dan kelewatan dalam penyelesaian pembahagian pusaka.

Memahami Wasiat (Surat Wasiat Islam) dan Faraidh (Hukum Pembahagian Pusaka Islam) amat penting untuk memastikan hasrat si mati dihormati, dan harta pusaka diagihkan dengan adil seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran. Tanpa ilmu yang tepat, ahli keluarga mungkin tanpa sedar melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan hak-hak waris yang berhak.

Sebagai sebahagian daripada bengkel ini, kami menawarkan sesi tambahan pilihan tentang Wasiat dan Faraidh dengan bayaran tambahan hanya $10.

Dalam sesi ini, anda akan mempelajari:

  • prinsip asas pembahagian pusaka Islam,

  • peranan Wasiat, dan

  • proses yang betul dalam pengagihan harta pusaka selepas kematian.

Sama ada anda ingin merancang untuk diri sendiri atau membantu ahli keluarga, ilmu ini amat berharga. Lengkapkan diri anda dengan kefahaman yang betul demi menjaga keharmonian keluarga dan melaksanakan tanggungjawab agama ini dengan sempurna,

InsyaAllah.


 

 Jangan Tunggu Lagi! 

Ayuh, menimba ilmu Fardhu Kifayah yang amat bermanfaat ini sebagai peningkatan Tahun Baru dan Bulan Rejab Yang Mulia!

Tempat untuk kursus ini terhad kepada 60 orang sahaja!

Jangan berlengah lagi untuk mendapatkan ilmu yang penuh manfaat ini. 

Jumpa di sana nanti. Insya Allah!

Your Host

Host image

Semua teori dan praktikal diajar berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Dikendalikan oleh Ustaz Md Yusuf Bin Abdul Rahman yang berpengalaman dalam mengurus jenazah selama lebih dari 5 tahun.

Beliau juga pemegang sijil ARS dan IECP dari MUIS.